Wednesday, 18 September 2013

Harapan Aku Sebagai Ibu...

Sebelum anda terus membaca artikel ini, cuba gambarkan wajah setiap seorang dari anak-anak anda. Kemudian anda tanyakan diri anda; Berapa orangkah dari mereka yang anda rasa dapat menyelamatkan anda di akhirat nanti?
Berapa orangkah yang akan mendoakan anda apabila anda mati kelak? Berapa orangkah yang akan meminpin tangan anda untuk masuk ke syurga?





Anak-anak kita adalah simpanan berharga untuk kita di akhirat. Apabila tibanya saat kematian kita di mana segala pahala dari amalan kita terputus, merekalah yang dapat kita harapkan untuk menyambung pahala kita dan mendoakan kesejahteraan kita di alam kubur dan memohon keampunan Allah untuk kita. Sabda Rasulullah s.a.w.;

 “Apabila matinya seorang manusia, terputuslah pahala amalannya kecuali dari tiga perkara iaitu:
1. Sedekah jariah. 2. Ilmu yang diambil manfaat dengannya. 3. Anak yang soleh yang mendoakan untuknya”. (Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.)


 Setiap dari kita wajib menjaga dan mendidik anak-anak kita supaya menjadi anak yang soleh. Anak kita adalah tanggungjawab kita. Anak-anak bukan sekadar anugerah Allah kepada kita, tetapi yang lebih besar dari itu mereka merupakan amanah yang dipikulkan Allah ke atas bahu kita. Allah ingin menguji kita; adakah kita bersungguh-sungguh menjaga dan mendidik mereka atau tidak?
“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedangkan kamu mengetahui. Dan ketahuilah bahawa harta-benda kamu dan anak-anak kamu adalah ujian (bagi kamu), dan sesungguhnya Allah di sisiNya pahala yang besar”. (al-Anfal: 27-28)

Di dalam al-Quran Allah memerintahkan kita agar memelihara diri kita dan juga ahli keluarga kita (yakni isteri dan anak-anak kita) dari api neraka. Allah berfirman;

“Wahai orang-orang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka yang bahan bakarnya terdiri dari manusia dan batu…”. (at-Tahrim: 6)


 Semoga anak-anak ibu menjadi anak-anak yang soleh dan solehah..Amin ya rabbal a'lamin...

- ummu naqib-

Sofia pict

My Lovely Little Girl Pics...
   ~  Irdina Sofia ~

Kursus Komputer Jmknns

Kursus anjuran bahagian teknologi maklumat Jmknns selama 2 hari di Wisma Negeri.

Sudoku latih otak berfikir


PERMAINAN Sudoku membuatkan individu berfikir secara kritis dan kreatif dalam menyelesaikan sesuatu masalah.



PERMAINAN minda seperti Sudoku memberi manfaat yang baik kepada fikiran sehingga boleh dijadikan sebagai satu senaman bagi menguatkan otak pemain.
Ia membantu individu berfikir secara kritis dan kreatif dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Pada masa yang sama, permainan Sudoku merupakan salah satu cara untuk menggalakkan perkembangan minda kanak-kanak.
Menurut Pakar Kanak-Kanak dan Remaja, Pusat Psikologi, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Dr. Khaidzir Ismail, Sudoku diibaratkan sebagai makanan minda kepada kanak-kanak kerana pada tahap ini, otak mereka sedang berkembang 80 peratus untuk menjadi matang.
“Justeru, pada tahap ini, otak mereka perlu dilatih bagi menguatkan pemikiran.
“Namun, usah hanya tertumpu pada permainan Sudoku. Sewajarnya ibu bapa perlu membuka minda anak-anak dengan aktiviti sosial yang lain seperti perbualan dan pengalaman daripada persekitaran. Ini termasuklah memberi keseimbangan kecerdasan intelektual (IQ) dan kecerdasan emosi (EQ) untuk proses tumbesaran diri kanak-kanak,” ujarnya ketika dihubungi Kosmo!.
Sementara itu, Pakar Psikologi, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Prof. Dr. Syed Mohamed Shafeq Syed Mansor berkata, permainan berkaitan logik seperti Sudoku menggunakan otak kiri. Dari segi psikologi, ia dapat membantu menguatkan pemikiran seseorang.
“Namun begitu, ia tidak boleh dilakukan secara berterusan atau terlalu lama. Cukup sekadar mengisi masa lapang antara 30 minit hingga satu jam sahaja,” kata Dr. Syed Mohamed Shafeq.
Permainan minda Sudoku dicipta oleh ahli matematik, Leonhard Euler pada tahun 1783. Namun, sejak tahun 1984, Presiden Nikoli Co. Ltd., Maki Kaji telah memainkan peranan penting dalam mempromosikan pembangunan dan pemasaran Sudoku melalui syarikat pengeluar teka-teki itu.
Sudoku kini dimainkan di lebih 100 buah negara seluruh dunia. Popularitinya dapat dilihat melalui penganjuran pertandingan Sudoku untuk pelbagai peringkat umur di dalam dan luar negara.
Tahun ini, Peraduan Sudoku Kosmo! Midea akan dianjurkan bermula 16 hingga 21 September 2013. Ia mendapat kerjasama pengedar rangkaian produk elektronik dan perkakasan rumah, Midea Scott & English Electronics Sdn. Bhd. (Midea), yang merupakan penaja utama peraduan tersebut.