Sebelum anda terus membaca artikel ini, cuba gambarkan wajah setiap
seorang dari anak-anak anda. Kemudian anda tanyakan diri anda; Berapa
orangkah dari mereka yang anda rasa dapat menyelamatkan anda di akhirat
nanti?
Berapa orangkah yang akan mendoakan anda apabila
anda mati kelak? Berapa orangkah yang akan meminpin tangan anda untuk
masuk ke syurga?
Anak-anak kita adalah simpanan berharga untuk kita di akhirat. Apabila
tibanya saat kematian kita di mana segala pahala dari amalan kita
terputus, merekalah yang dapat kita harapkan untuk menyambung pahala
kita dan mendoakan kesejahteraan kita di alam kubur dan memohon
keampunan Allah untuk kita. Sabda Rasulullah s.a.w.;
“Apabila matinya seorang manusia, terputuslah pahala amalannya kecuali dari tiga perkara iaitu:
1. Sedekah jariah. 2. Ilmu yang diambil manfaat dengannya. 3. Anak yang
soleh yang mendoakan untuknya”. (Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah
r.a.)
Setiap dari kita wajib menjaga dan mendidik anak-anak kita supaya
menjadi anak yang soleh. Anak kita adalah tanggungjawab kita. Anak-anak
bukan sekadar anugerah Allah kepada kita, tetapi yang lebih besar dari
itu mereka merupakan amanah yang dipikulkan Allah ke atas bahu kita.
Allah ingin menguji kita; adakah kita bersungguh-sungguh menjaga dan
mendidik mereka atau tidak?
“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah)
Allah dan RasulNya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah
kamu, sedangkan kamu mengetahui. Dan ketahuilah bahawa harta-benda kamu
dan anak-anak kamu adalah ujian (bagi kamu), dan sesungguhnya Allah di
sisiNya pahala yang besar”. (al-Anfal: 27-28)
Di dalam al-Quran Allah memerintahkan kita agar memelihara diri kita dan
juga ahli keluarga kita (yakni isteri dan anak-anak kita) dari api
neraka. Allah berfirman;
“Wahai orang-orang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari
api neraka yang bahan bakarnya terdiri dari manusia dan batu…”.
(at-Tahrim: 6)
Semoga anak-anak ibu menjadi anak-anak yang soleh dan solehah..Amin ya rabbal a'lamin...
- ummu naqib-
Wednesday, 18 September 2013
Sudoku latih otak berfikir

PERMAINAN Sudoku membuatkan individu berfikir secara kritis dan kreatif dalam menyelesaikan sesuatu masalah.
PERMAINAN minda seperti Sudoku memberi manfaat yang baik kepada
fikiran sehingga boleh dijadikan sebagai satu senaman bagi menguatkan
otak pemain.
Ia membantu individu berfikir secara kritis dan kreatif dalam
menyelesaikan sesuatu masalah. Pada masa yang sama, permainan Sudoku
merupakan salah satu cara untuk menggalakkan perkembangan minda
kanak-kanak.
Menurut Pakar Kanak-Kanak dan Remaja, Pusat Psikologi, Universiti
Kebangsaan Malaysia, Prof. Dr. Khaidzir Ismail, Sudoku diibaratkan
sebagai makanan minda kepada kanak-kanak kerana pada tahap ini, otak
mereka sedang berkembang 80 peratus untuk menjadi matang.
“Justeru, pada tahap ini, otak mereka perlu dilatih bagi menguatkan pemikiran.
“Namun, usah hanya tertumpu pada permainan Sudoku. Sewajarnya ibu
bapa perlu membuka minda anak-anak dengan aktiviti sosial yang lain
seperti perbualan dan pengalaman daripada persekitaran. Ini termasuklah
memberi keseimbangan kecerdasan intelektual (IQ) dan kecerdasan emosi
(EQ) untuk proses tumbesaran diri kanak-kanak,” ujarnya ketika dihubungi
Kosmo!.
Sementara itu, Pakar Psikologi, Fakulti Pendidikan, Universiti
Teknologi Malaysia, Prof. Dr. Syed Mohamed Shafeq Syed Mansor berkata,
permainan berkaitan logik seperti Sudoku menggunakan otak kiri. Dari
segi psikologi, ia dapat membantu menguatkan pemikiran seseorang.
“Namun begitu, ia tidak boleh dilakukan secara berterusan atau
terlalu lama. Cukup sekadar mengisi masa lapang antara 30 minit hingga
satu jam sahaja,” kata Dr. Syed Mohamed Shafeq.
Permainan minda Sudoku dicipta oleh ahli matematik, Leonhard Euler
pada tahun 1783. Namun, sejak tahun 1984, Presiden Nikoli Co. Ltd., Maki
Kaji telah memainkan peranan penting dalam mempromosikan pembangunan
dan pemasaran Sudoku melalui syarikat pengeluar teka-teki itu.
Sudoku kini dimainkan di lebih 100 buah negara seluruh dunia.
Popularitinya dapat dilihat melalui penganjuran pertandingan Sudoku
untuk pelbagai peringkat umur di dalam dan luar negara.
Tahun ini, Peraduan Sudoku Kosmo! Midea akan dianjurkan bermula 16
hingga 21 September 2013. Ia mendapat kerjasama pengedar rangkaian
produk elektronik dan perkakasan rumah, Midea Scott & English
Electronics Sdn. Bhd. (Midea), yang merupakan penaja utama peraduan
tersebut.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0913&pub=Kosmo&sec=Varia&pg=va_02.htm#ixzz2fCqvcvRt
Hakcipta terpelihara
Subscribe to:
Comments (Atom)